June 11, 2015

Berkongsi Dosa

Seorang guru telah mengarahkan para pelajarnya supaya membuat satu sketsa lakonan sebagai salah satu tugasan wajib untuk lulus subjek tersebut. Setiap pelajar diberi tajuk yang berbeza-beza dan terpulang kepada kreativiti masing-masing untuk mencipta sketsa yang paling menarik dan kreatif.

     Salah satu kumpulan diberi tugasan untuk melakonkan sketsa bergenre komedi yang sudah pastinya amat sukar sekali untuk dilakukan. Well, tak semua orang dilahirkan sebagai pelawak, ya x?
So, untuk memudahkan, mereka membuat keputusan untuk berlakon sebagai wanita... means, lelaki akan berpakaian menyerupai wanita bagi menimbulkan rangsangan lucu kepada penonton. Maka, beria-ia lah masing-masing dengan make-up, dengan wig (rambut palsu) n, bagi yang x cukup bajet sgt, pakai tudung/shawl.. maka, terserlahlah kewanitaan dlm diri setiap lelaki itu..

Gambar sekadar hiasan
       Memang kelakar habeslah sketsa mereka, sampai berguling-guling penonton ketawa, termasuklah gurunya yang sejak dari awal lagi tahu pelajarnya akan berpakaian wanita. Bayangkanlah, yang berlakon jadi wanita tu pulak, abang n adik SADO yang ketul sana-sini, tiba-tiba ada ketul lain di dada.. hahaha, u know what i means? I x bermaksud nak lucah @ menulis sesuatu yang tidak senonoh, tapi, itu hakikatnya.. n, it's turns out, that team, dapat the highest marks..


Namun, tahukah anda???
أن النبيَّ صلى الله عليه وسلم: لعَنَ المُخَنَّثِين مِن الرجالِ، والمُتَرَجِّلاتِ مِن النساءِ، وقال : أَخْرِجوهم مِن بيوتِكم[1]

"Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang berlagak seperti pondan, begitu juga orang perempuan yang berlagak seperti lelaki. Hendaklah kamu halau mereka dari rumah-rumah kamu"

        Perkataan “melaknat” dan “halau” orang-orang yang berkelakuan demikian menggambarkan betapa seriusnya kesalahan ini. Semua orang tertakluk kepada peraturan ini samada ia seorang raja, hakim mahupun rakyat jelata. Secerdik dan seberani mana pun  kita, kita tidak layak untuk mencabul peraturan yang cukup jelas dan nyata ini.

 Berikut adalah Fatwa daripada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak bertarikh 10 Jun 2010:
“Pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita, ( mak nyah/pondan ) sama ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam. Ibu bapa dan masyarakat Islam hendaklah memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan ,  tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah”
Bahkan seksyen 55 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak di bawah tajuk Lelaki berlagak seperti perempuan memperuntukkan hukuman seperti berikut:-
“Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam bagi tujuan maksiat adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Gambar sekadar hiasan
ada pula orang kata: "TAPI.. ITU HANYALAH SEKADAR LAKONAN, bukan niat yang salah.... "

isk3.. walaupun sekadar lakonan, kita kena jelas.. "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"...

Kalu cara tu salah, tetap salah walaupun matlamat kita untuk kebaikan.. sama lah jugak, kalu dalam drama @ filem, kalu bukan suami isteri, hukumnya tetap haram bersentuhan, berpeluk, tidur sekatil. walaupun matlamatnya untuk memberi kesedaran n pengajaran kepada penonton.

            Apa-apa jua polisi mahupun tindakan yang menghalalkan perbuatan lelaki yang berlagak seperti perempuan, begitu juga sebaliknya sebenarnya telah melawan kebijaksanaan Allah SWT sebagai pembuat undang-undang.


Ok, berbalik pula kepada Tajuk Besar kat atas, berkongsi Dosa... Apa tu?

                  Ceritanya bermula apabila guru memberi tugasan kepada pelajar.. so, kalau guru tu adalah seorang non-Muslim, of course dia x tahu hukum, ye x? Mcm mna kalu dia Muslim? adakah dia juga x tahu hukum? Di sini, timbul persoalan, mengapa guru itu membiarkan sahaja pelajarnya berkelakuan sedemikian? Seolah-olah guru itu meredhakan sahaja perbuatan sumbang pelajarnya berpakaian seperti wanita.. Jadi, anda sudah faham aspek " Berkongsi Dosa" yang dimaksudkan? Kalu kita yang tahu ni buat x tahu n hanya membiarkan sahaja, kita pun bersalah jugak.. Bayangkan, kalu pelajar itu berlakon peluk-peluk bukan mahram, cium-cium, Adakah guru itu akan membenarkan? Sudah tentu TIDAK bukan? so, kenapa bila lelaki menyerupai wanita, guru itu membiarkan? Islam ni bukan amek mana yang kita nak n tinggal apa yang kita x nak.. Jelaskan garis panduan yang selari dengan syariat Islam. samalah jugak, dari aspek pemakaian, pastikan pelajar itu menutup aurat n lakonannya tidak melebihi batas syariat Islam.

             Tulisan saya di atas, hanyalah secebis peringatan n perkongsian kepada semua guru-guru n pensyarah-pensyarah di luar sana, Kita sebagai ibu bapa 'kedua' pelajar-pelajar kita mestilah tunjuk contoh yang terbaik. Janganlah kita menjadi punca kepada dosa pelajar itu hanya sebab kita tidak menegur @ buat-buat x nampak. Dah jadi tanggungjawab kita kan? Tambahan pula, kalau benda tu berlaku di bawah pengawasan kita.. Fikir-fikirkanlah!..

1 comment: