Cinta adalah fitrah.. dan
fitrah adalah suci.. (sense of belonging)
- ingin memiliki dan dimiliki. Tapi, bila kesucian dicemari dengan nafsu..
maka, fitrah itu sudah lari dari landasan yg benar.. Hakikatnya, Islam tidak menghalang
cinta lelaki dan wanita, namun setakat mana kefahaman kita akan ikhtilat yg
dibenarkan sepanjang bercinta? Jelaskah kita sejujurnya bercinta bagaimana sebenarnya
yg dikatakan bercinta cara Islam?
Sesetengah orang mengaku tahan diuji dengan ujian sebelum perkahwinan malah
mengatakan mampu mengawal nafsu dan diri daripada melampaui batas ikhtilat
sepanjang percintaan. namun, adakah kita yg mengawal takdir? Allah ciptakan
manusia, Allah Maha Mengetahui kelemahan manusia, maka, ditegahNya manusia
mendekati perkara yg membwa kepada goyahnya iman, takut-takut kecundangnya
manusia. Ayuh soroti sejarah Adam dan Hawa, peristiwa memakan
buah khuldi yang akhirnya Adam dan Hawa diturunkan ke dunia.
Firman Allah:
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam
syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu
adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19).
Tegahan Allah di dalam ayat di atas supaya tidak
menghampiri perkara yang ditegah, kerana Allah Mengetahui, manusia itu
lemah, dan syaitan itu sentiasa mengajak kepada kebatilan. Sekali kita menjejakkan
kaki ke arah menghampiri perkara yang ditegah itu., sungguh!.. susah untuk
berpatah balik. Begitulah ibaratnya larangan menghampiri zina. Perhubungan
cinta sebelum berkahwin termasuk dalam perkara syubhah yg dikhuatiri menghampiri
zina. Sekuat manapun iman seseorang itu, kalau sudah namanya insan biasa
(bukan Rasulullah yang ma’sum) maka, bila-bila saja, boleh terjelopok di
lembah dosa.
Hakikatnya, Allah Taala telah menetapkan satu jalan utk bercinta dan pada masa
yang sama dilimpahi keredhaan dan rahmat Allah. APA?
PERKAHWINAN
Cinta
dalam Islam yang sebenar-benarnya hanyalah setelah sah ijab dan kabul. Cinta yg
bermaruah, kudus dan suci. Islam melarang sesuatu perkara, tetapi tidak bermakna
ianya tergantung di situ. Fitrah itu dipenuhi dengan galang ganti yg lebih
baik. Jika Islam melarang perhubungan intim lelaki dan wanita sebelum ada
ikatan yg sah. Gantinya, bahtera rumah tangga yg penuh barakah dan rahmah..
Sabda Rasulullah s.a.w :
”Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling
mencintai kecuali nikah.” (Riwayat Ibnu Majah).
Ajal,
maut, rezeki serta jodoh adalah tiga perkara yang sudah ditetapkan sejak
azali penciptaan manusia. Maka, usah kecewa dan risau mahupun gundah-gulana
takutkan diri membujang hingga ke tua. Jika ada jodohnya, akan ketemu jua suatu
hari nanti, jika tidak sekalipun,
menantinya si dia di syurga yg kekal abadi.
Hakikatnya...
...’Couple’lah
dengan Yang Maha Satu, nescaya cintamu berbalas...
BERCINTA
YANG SEBENAR-BENARNYA:
1. Banyak mengingat dan menyebut kekasihnya
Surah Al-Ahzab ayat 41 :
"Wahai orang-orang yang
beriman, sebutlah nama Allah dengan sebutan yang banyak"
Namun, cinta tidak cukup dengan hanya melafazkan sahaja. Mestilah
hadir ikhlas di dalam hati.
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 142:
"Sesungguhnya orang-orang
munafik itu menipu Allah, dan Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka
berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya'
(dengan solat) dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah
kecuali sedikit sahaja"
Seterusnya, Zikir dan banyak mengingati Allah, sesungguhnya
dengan mengingati Allah, hati akan mjadi tenang. Dapatlah juga pahalanya
daripada duk tingat kat gewe nuh..(teringat akan pasangan).
2. Rasa rindu untuk bertemu kekasih
Kekasih kita yang abadi. Bila
pertemuannya? Tidak lain dan tidak bukan ketika di hujung nyawa. Rindunya ‘abid
pada TuhanNya, sentiasa mendambakan syahid dan Husnul khatimah.
3. Merasakan asyiknya berbicara berduaan dengan
kekasih
Berbicara dgn kekasih hati? Sudah tentu ketika solat dan munajat
hambaNya. Bahkan bacaan dalam solat kita, setiap satunya merupakan dialog tidak
langsung yang berlaku dengan Allah Ta’ala.
“Beribadah kepada Allah dalam
keadaan seakan-akan kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya, maka
sesungguhnya Dia melihatmu...”
4. Rasa cemburu dan marah apabila kekasih
diganggu atau direndahkan
Muhasabah diri, setakat mana,
kita merasa marah dan terganggu apabila Allah dihina oleh umat agama lain yang
memusuhi Islam? Setakat mana, kita cemburu, apabila orang lain berpeluang
beribadah lebih daripada kita tika dinihari, berpeluang bersama RabbNya, sedang
kita enak dibuai mimpi mainan syaitan?
5. Bergetar apabila disebut nama kekasih
Sepertimana yang disebut dalam surah Al-Anfal ayat 2:
"Orang-orang mukmin itu
hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah bergetar hatinya, dan apabila
dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlah keimanan mereka..."
Wallahua’lam...
我发裸聊网 , 成人聊天室哪个好 , 约炮交友直播间平台 , 模特网 , 包养网 , 美女热舞视频网 , 9158跳舞吧视频美女 , 免费的聊天室 , 色聊聊天记录 , 色聊语音聊天室下载
ReplyDelete